Thursday, November 18, 2010

Risalatul Murid Habib Abdullah al Haddad (14)

Peranan Zikir

Hal yang penting bagi orang yang menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan, ialah berzikir kepada Allah swt.
Wahai murid yang budiman, berzikirkepada Allah Taala dengan lisan dan dengan hati, pada setiap munasabah dan pada setiapwaktu dan tempat.
Adapun zikir yang terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir dan tujuan-tujuannya yang zahir mahupun batin, iaitu sebutan La ilaaha illallaah (Tiada Tuhan melainkan Allah).
Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan menuju ke jalan Allah dan yang wajib kembali kepadaNya oleh orang-orang yang telah sampai ke ke puncak makrifatullah.
Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahasia dari rahasia-rahasia thariqat dan disingkap tabirbaginya dengan sesuatu cahaya Nur Hakikat, maka hendaklah ia melazimkan diri denganberzikir kepada Allah Taala dengan hati yang hadir, penuh adab dan tertib dengan tujuan yangbenar serta tawajjuh (menghadapkan diri) yang penuh khusyu’ dan tawaddhu
Apabila semua sifat-sifat ini terkumpul pada diri seseorang ketika berzikir, maka mudah
tersingkap baginya al-Malakut al-A’la (kerajaan Allah yang maha tinggi) dan rohnya akanmencapai ke kemuncak Haqaaiq al-Alam al-Ashfa (hakikat-hakikat alam yang suci) dan matahatinya akan melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa (kecantikan suci yang mahatinggi).

Keterangan:
“Kepada para murid dan salik yang memiliki cita-cita yang sebenar. Sesudah mengerjakanperintah dan meninggalkan laranganNya hendaknya jangan sekali-kali meninggalkan zikirkepadaNya. Berzikirlah (Ingatlah padaNya) dengan lidah dan hati yang sedar tanpa lalaidisetiap kali pada setiap waktu dan tempat. Zikir sangat mujarab dan amat berkesan dan akanmenjadi sebagai pendinding bagi sesiapa yang dapat mengamalkan dengan baik sehinggamenjadi darah daging.
Zikir ini akan bertindak sebagai pelindung dan sebagai peringatanbagi pengamalnya didalam mengharungi kehidupan dunia dan diakhirat kelak. Sekali lagijangan tinggalkan zikir. Sebagai tanda bagi sesiapa yang tidak meninggalkan zikir harian, adalah merupakan tanda ada perhubungan yang dijalinkan dan atas izin Tuhannya. Zikir yang paling utama bagi setiap murid dan salik yang berthariqat adalah La ilaaha illallaah.
Inilah zikir yang teragung, yang tertinggi bagi segala zikir-zikir. Dengan kalimat
inilah Nabi Muhammad saw diutuskan kedunia dengan tugas menyampaikan perintah
TuhanNya bahwa Tiada Tuhan melainkan Allah. Zikir inilah yang harus dilazimkan oleh
dimana terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir dan tujuan yang zahir ataupun batin.
Maka jangan tinggalkan atau abaikan dalam apa juga keadaan.
Zikir Tahlil atau dinamakan juga Zikir Tauhid adalah pengamal-pengamal permulaan menuju kejalan Allah juga wajib dilazimkan bagi mereka yang berkeinginan untuk kembali kepadaNya dan juga bagi mereka yang telah sampai kepuncak makrifatullah.

Bagi siapa (murid dan salik) yang ingin mendapatkan dan merasakan sesuatu rahasia rahasia
thariqat dan tersingkapnya tabir yang menghalanginya dengan sesuatu maka hendaklah sentiasa berzikir dengan Zikir Tauhid dengan hati yang hadir (menyadari apa yang dibacanya), dengan beradab serta tertib juga bersandarkan tujuan yang benar (tidak ada apa apa
hajat yang melencong), menghadapkan dirinya dengan penuh khusyu’ serta dengan
kerendahan hati dan ikhlas. Insyallah atas izin Allah akan tercapailah hajat untuk mencapai
rahasia-rahasia tersebut.
Bila mana kesemua syarat dan sifat sudah terkumpul pada seseorang yang berzikir maka akan
tersingkaplah baginya al-Malakut al-A’la iaitu dapat melihat kerajaan Allah yang Maha
Tinggi) dan rohnya akan mendaki, naik ke puncak Haqaaiq al-Alam al-Ashfa iaitu dapat
melihat hakikat sebenarnya alam-alam yang suci yang dimiliki oleh Allah dan mata hatinya
akan dapat melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa iaitu keindahan yang suci dan
sifat-sifat nama ketuhanan yang Maha Tinggi)”.

No comments: