Thursday, September 10, 2009

Habib Nuh - Cahaya dari Singapura

Habib Nuh bin Muhammad Al Habsy adalah seorang wali Allah yang telah menghabiskan masa hidupnya di singapura. Makam beliau terletak disebuah bukit, yaitu diPalmer Road, Tanjong Pagar, Singapura.
Habib Nuh Al Habsy berasal dari kedah, malaysia. Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. mengikuti nasab Ali Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak yang mengetahui kehidupan beliau diusia muda. Neliau adalah 4 ebrsaudara, yaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Beliau menikah dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari beberapa sumber menceritakan bahwa Habib Nuh sampai ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada waktu itu sekitar tiga puluh tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan banyak usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, akan tetapi beliau banyak berdakwah ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia
Foto Syeikh Hisyam Kabbani yang menziarahi habib nuh


Beliau adalah seorang yang amat wara. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau juga sering berkunjung ke makam-makam untuk selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad.

Habib nuh sangat diidolakan oleh masyarakat, baik yang tua, muda dan bahkan anak-anak. Sering orang melihat karamah-karamah beliau. Beliau juga sering memberikan permen dan uang kepada anak-anak, fakir miskin dan yang memerlukan. Habib nuh sangat sayang kepada anak-anak karana mereka adalah ahlul Jannah [ahli Syurga]. Masyarakat sangat senang jika dikunjungi oleh habib nuh, karena akan banyak anak-anak yang datang dam mengambil makanan di warung/kedai mereka, dan itu akan memberikan berkah tersendiri kepada mereka.

Habib nuh mempunyai banyak sekali karamah selama hidupnya. Beliau pernah dipenjarakan oleh penjajah, tapi anehnya Habib Nuh tetap berada di luar penjara, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai beliau masih bisa keluar, sehingga penjajah tidak bisa lagi untuk memenjarakan beliau.

Habib Noh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, banyak sekali cerita yang menunjukkan karomah habib nuh disaat mengobati anak-anak. beliau juga tidak segan segan berjalan jauh tuk mengobati. Pernah diceritakan bahwa beliau pernah mengubah air kelapa menjadi air susu dan diberikan kepada anak dari seorang keluarga miskin yang sedang sakit.

Diceritakan lagi bahwa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul badai yang kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari angin ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan sebuah kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan barang dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan angin ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia sangat heran kerana Habib Noh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Noh di perlabuhan. Habib Noh menahan barang2 yang berharga yang dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang2 tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh membawa barang-barang yang berharga.”
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahwa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah orang2 yang mempunyai barang2 tersebut sadar hikmah disebalik larangan Habib Noh itu.


Foto Habib Salim Assatiriyang menziarahi habib nuh

Pada satu saat ada seorang India Muslim yang balik ke India melewati jalan laut untuk. Dia telah berniat bahwa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Noh satu hadiah. Ketika dia pulang, dia terkejut karena melihat Habib Noh sudah menunggunya di tepi laut.
Habib Noh berkata kepadanya “Saya percaya bahwa anda sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Noh menjawab, “Saya ingin beberapa gulung kain kuning untuk bersedekah kepada orang miskin, yang memerlukannya dan anak-anak.”
Sambil memeluk Habib Noh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”


Habib Nuh al-Habsyi wafat pada hari Jum'at, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang sedikit aneh karena tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil dari kuburan orang Islam dan berada di tepian laut. Maka keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan saja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah pemakaman biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang mencoba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi wasiat Habib Nuh tentang tempat pengkebumiannya. Maka ketika jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka yang mencintai para Aulia Allah

Banyak sekali cerita dari karamah-karamah beliau yang patut kita teladani dan kita dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam mengikuti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat JunjunganRasulullahs.a.w.

Sumber:
Tujuh Wali Melayu
Sheikh Hassan Abdullah Al-Khatib, penjaga makam Habib Noh

3 comments:

Anonymous said...

Menjelang kematiannya Rasululloh saw berdoa, "Ya Alloh, jangan Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah."
Di riwayat lain disebutkan :
"Alloh melaknat kaum Yahudi dan Nashrani karena menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid."
Sebagai menjadi i`tibar.

indah said...

saya bermaksud mengajak keluarga saya ziarah ke makam beliau, apa benar makam beliau itu di dekat mesjid Muhammad Shaleh?
terimakasih infonya

zezz said...

Benar. Makam beliau berada di mesjid Muhammad Soleh, di palmer road.. syukron