Wednesday, October 30, 2013

Sholawat ash-Shighah at-Tajridiyyah

Assalamualaikum, 
Berikut sy tuliskan sholawat ash-Shighah at-Tajridiyyah yang didapat dari bahrushofa sebagai berikut:
Syaikhul Azhar, al-'Alim al-'Allaamah Dr.`Abdul Halim Mahmud rahimahullah dalam karya beliau yang berjudul "ar-Rasul shallaAllahu `alaihi wa sallam" pada halaman 175 menukilkan sebuah shighah sholawat yang beliau terima dari Syaikh `Abdul Fattah al-Qadhi asy-Syablanji asy-Syadzili rahimahullah.

Menurut beliau, Syaikh `Abdul Fattah al-Qadhi telah memperolehi shighah shalawat ini dalam satu mimpi yang berkah. Dr. `Abdul Halim Mahmud telah menamakan shighah shalawat ini sebagai "ash-Shighah at-Tajridiyyah" karana sholawat ini tidak dilafazkan melainkan semata-mata untuk beribadah dengan mengajukan permohonan agar Allah SWT melimpahkan sholawat, salam dan barakah ke atas hambaNya, Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW, sebanyak bilangan makhlukNya, sesuai dengan keridhaanNya, seberat `arasyNya dan kalimahNya.
Jumlah pada shighah ini merupakan kiasan yang bertepatan dengan tasbih yang diajarkan oleh Junjungan Nabi SAW, yaitu "SubhanAllahi wa bi hamdihi, `adada khalqihi, wa ridha-a nafsihi, wa zinata `arsyihi, wa midada kalimaatihi." Mudah-mudahan dengan mengamalkan sholawat ini, kita dapat meraih keredhaan Allah SWT dan syafaat Junjungan Nabi SAW.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com

4 comments:

habib sr said...

https://drive.google.com/file/d/0B9EKL-RYKW9MdTNzQ3VCRVhmNzQ/edit?usp=sharing

habib sr said...

https://drive.google.com/file/d/0B9EKL-RYKW9MdTNzQ3VCRVhmNzQ/edit?usp=sharing

habib sr said...

try to click this https://drive.google.com/file/d/0B9EKL-RYKW9MdTNzQ3VCRVhmNzQ/edit?usp=sharing

Anonymous said...

apa makna tasawuf itu kerna zaman Muhammad ia tiada