Monday, July 18, 2011

Sufi Road : AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani Rahmatullah‘alaih.

Perjalananya
Beliau menerima Tarbiyah Suluk dari Ruhaniah Syeikh Abu Yazid Al-Bistami karana kelahiran Syeikh AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani adalah hampir setengah abad sesudah meninggalnya Syeikh Abu Yazid Al-Bistami . Pada setiap tahun sekali telah menjadi kebiasaan bagi Syeikh Abu Yazid Al-Bistami untuk pergi menziarahi Kubur Para Auliya dan orangorang
yang mati Syahid di Daghistan. Ketika beliau tiba di Kharqan, beliau menarik nafas panjang seolah-olah menghirup bau bunga yang wangi.

Ketika Syeikh Abu Yazid Al-Bistami ditanya oleh murid-murid beliau apakah yang dihirupnya dan dari manakah datangnya bau wangi itu?
Beliau menjawab, “Bahwa akan datang di bandar ini kelahiran seorang hamba Allah yang mendapat keharuman dari Allah Ta’ala bernama ‘Ali dan nama Kuniyatnya adalah Abul Hassan yang peringkat Keruhaniannya akan lebih tinggi dariku tiga
kali ganda dan dia akan menghabiskan hayatnya dengan keluarganya dan bertani. Dia akan lahir seratus tahun sesudahku.”

Setelah beberapa tahun kemudian Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pun lahir.Setelah sampai usianya dua puluh tahun, setiap hari dia pergi mengunjungi Maqam Syeikh Abu Yazid Al-Bistami setelah menunaikan Solat.

Di Maqam Kubur Syeikh Abu Yazid Al-Bistami beliau berdoa,
“Ya Allah, kurniakanlah kepaaku sebahagian daripada Keruhanian yang Engkau beri kepada Abu Yazid.” Setelah dua belas tahun beliau berbuat demikian,maka pada suatu hari semasa pulang dari Maqam itu, beliau merdengar satu suara dari Maqam itu berkata,
“Abul Hassan, semua Keruhanianku adalah hadiahmu kepaaku.”
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab, “Tuan, saya lahir tiga puluh sembilan tahun Setelah tuan, bagaimana saya menghadiahkan Keruhanian saya
kepada tuan?”
Suara itu berkata lagi,“Aku telah terhalang dalam perjalanan Keruhanianku, maka aku berdoa kepada Allah meminta halangan itu dibuang. aku merdengar suara Ketuhanan berkata, “Berdoalah kepada Nur yang akan meliputi kamu apabila kamu melawat Kharqan kali ini.” Saat aku sampai di Kharqan, aku benar-benar bertemu dengan nur itu yang meliputi dari bumi sampai ke langit. aku berdoa kepadaNya seperti disuruh oleh Allah, maka dari semenjak itu terhapuslah halangan itu.”

Ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pulang setelah peristiwa itu, beliau terasa mendapat kurnia dalam dirinya. Beliau dapat menghabiskan bacaan Al-Quran dalam dua puluh empat jam, padahal beliau tidak bisa membaca sebelum peristiwa
itu. Beliau merupakan seorang Syeikh yang agung dan menerima kedudukan yang terpuji di kalangan sekelian Para Auliya pada zamannya.

Syeikh Abu Sa’id, seorang Ahli Sufi yang masyhur pada ketika itu pernah menziarahinya dan mereka telah banyak bermuzakarah antara satu sama lain tentang berbagai masalah.Pada suatu ketika sedang mereka berbicara karena
keadaan dzauq, Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah memeluk Syeikh SyeikhAbu Sa’id . Setelah kembali ke tempatnya,Syeikh Syeikh Abu Sa’id telah menghabiskan masa malam itu dengan bertafakkur, sambil duduk melutut dan juga dia menjerit dalam keadaan mabuknya.
Pada keesokan harinya, Syeikh Syeikh Abu Sa’id menemui Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan meminta supaya beliau mengambil balik percikan cahaya Keruhanian yang tersinar dalam dirinya itu akibat pelukan Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani karana katanya, beliau masih belum mencapai maqam seperti yang dicapai oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan beliau tidak tahan dengan keadaan yang terlalu tinggi itu. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pun memeluk beliau sekali lagi dan kembalilah Syeikh Syeikh Abu Sa’id sepertimana biasa.
Ketika Syeikh Syeikh Abu Sa’id hendak pergi, beliau telah berkata kepada Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani ,aku memilih kamu untuk menjadi Khalifahku.”Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani lalu memberitahu Syeikh Abu Sa’id seperti berikut,
“aku akan jadikan kamu seorang yang tinggi karena Allah telah mengurniakan kamu kepaaku setelah aku berdoa kepadaNya memohon Dia memberi kepaaku seorang sahabat yang dapat aku berbincang tentang hal-hal Keruhanian dengannya. Syukurlah, Allah telah mengkabulkan permohonan itu.”

Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih meriwayatkan bahwa beliau mendengar dari Syeikh Hassan Mu’addib yang merupakan seorang juru khidmat bagi Syeikh Syeikh Abu Sa’id bahwa apabila Syeikh Syeikh Abu Sa’id datang menghadirkan diri disamping Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani, dia tidak akan mengucapkan sebarang perkataan tetapi hanya mendengar dan hanya akan
menjawab dengan apa yang telah diucapkan oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani .
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah bertanya kepada Syeikh Abu Sa’id , mengapakah beliau sentiasa mendiamkan diri? Syeikh Abu Sa’id Rahmatullah
‘alaih menjawab,“Seorang penerjemah adalah mencukupi untuk satu judul.”
Syeikh ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih juga telah meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Syeikh Abul-Qasim Qusyairi berkata,
“Apabila aku tiba di Kharqan, kelancaranku mulai keluar dan aku tidak lagi memiliki daya dan upaya untuk menerangkan keadaan diriku di sebabkan amalan yang telah
diberikan oleh pembimbing Keruhanian, dan aku menyangka bahawa aku telah dilucutkan dariKewalianku.”

KERAMAT KEBESARANNYA DANKEBESARAN KERAMATNYA

PADA suatu hari, Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menggali tanah di rumahnya.
Tiba-tiba uang perak keluar. Ditutupnya tempat itu. Digali pula di tempat lain dan di situ keluar pula emas. Ditutupnya lubang itu juga. Pada kali ketiganya keluar pula intan.Lubang itu juga ditutupnya. Digalinya di tempat yang keempat, maka keluar pula berlian. Itu pun ditutupnya.Kemudian Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berdoa, “Ya Allah, walaupun aku dapat seluruh harta Dunia ini dan harta di Akhirat kelak, namun tidak akan aku tukarkan dengan wajahMu.”

Pada suatu hari, seorang Sufi duduk di samping Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-harqani
sambil menunjukkan keramatnya dengan mengeluarkan seekor ikan hidup dari seember air yang diletakkan di hadapan Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani . Syeikh AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani meletakkan tangannya dalam api dapur yang menyala di hadapannya dan mengeluarkan ikan hidup dari dalam api itu. Kemudian,
orang itu meminta Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani melompat dengannya ke dalam api itu dan lihatlah siapa akan hidup setelah masuk kedalam api itu.
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,“Menunjukkan keramat itu tidaklah baik. Marilah kita tenggelamkan diri kita dalam lautan Wujud Fana dan timbul semula dengan memakai pakaian Wujud Baqa.” Orang Sufi itu pun diam.

Pada suatu saat, sebelum mulai berjalan menunaikan Haji, beberapa orang telah berjumpa dengan Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan bertanya kepadanya apa yang mereka akan mereka lakukan sekiranya ada perampuk menyerang mereka. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,
“Ingatlah aku pada waktu itu.”Dalam perjalanan itu, Kafilah yang mereka sertakan itu
diserang oleh perampok. Semua orang dalam Kafilah itu dirompak oleh perampok kecuali seorang yang ingat pada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
Pada saat orang itu ingat kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani , nampak olehnya Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berada dihadapannya. Orang itu dan barang-barangnya tidak kelihatan oleh perampok itu. Maka dia pun selamat. Setelahkembali, orang-orang bertanya kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani kenapa mereka tidak diselamatkan pada hal mereka berdoa kepada Allah? Sedangkan orang itu hanya meminta pertolongan kepada beliau.
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berkata,
“Kamu semua hanya menyebut Allah di mulut saja, tetapi aku mengingatNya dengan seluruh jiwa ragaku. Olehitu, jika kamu semua mengingatiku, aku akan mengingati
Allah bagi pihak kamu semua dengan seluruh hati dan jiwa, dan permintaan kamu akan dikabulkan. Tetapi jika kamu semua hanya menyebut Allah di bibir saja tanpa terhunjam sepenuhnya dalam hati, maka permohonan kamu tidak akan mendatangkan hasil.”
Seorang Murid Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani meminta kebenaran beliau
hendak pergi ke Iraq untuk belajar Hadits, karena tidak ada guru yang pakar di tempat beliau itu.
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berkata,
“Aku akan ajarkan kepada kamu sebagaimana aku belajar langsung dari Rasulullah.”
Murid itu tidak percaya dengan perkataan beliau itu. Tetapi saat dia tidur, dia melihat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berkata bhawa apa
yang dikatakan oleh Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani itu adalah benar. Maka mulailah Murid itu belajar Hadits pada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani .
Dalam pengajarannya, Ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani berkata bahawa Hadits itu telah salah.Murid itu bertanya kenapa Hadits yang demikian itu salah? Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,“Nabi sentiasa bersama aku pada saat aku mengajar engkau. Apabila satu Hadits salah dinyatakan, mukanya
berubah tanda tidak setuju. Dari situlah aku tahu sama ada apakah satu Hadits itu betul atau tidak.”
Suatu ketika Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani hadir dan mengambil bahagian
dalam upacara Sama’ iaitu tarian muzik Keruhanian di rumah seorang hamba Allah. Dalam Sama’ itu beliau telah sampai kepada keadaan dzauq mabuk Allah dan memukul tanah dengan kakinya tiga kali. Dinding rumah itu bergoyang dan orang lain merasai seolah-olah dinding itu telah menari bersamanya serta juga tanah di situ. Setelahbeliau sadar semula, beliau ditanya kenapa beliau berbuat
demikian? Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani menjawab,
“Sama’ ialah bagi mereka yang dalam keadaan itu telah dibawa ke tingkat Ruhaniah yang tinggi di mana semua hijab tersingkap dan mereka dapat melihat Alam Malaikat.”
Satu hari, seorang telah datang kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
dan meminta kepada beliau hendak memakai pakaiannya agar dia dapat menjadi seperti Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani juga. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani bertanya,“Bolehkah perempuan yang memakai baju lelaki menjadi lelaki atau orang lelaki memakai baju perempuanmenjadi perempuan?”
Orang itu berkata tidak boleh, lalu Syeikh abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani pun berkata,
“Jika itu tidak mungkin, bagaimana kamu memakai pakaianku boleh menjadi diriku?”
Seorang ‘Alim telah bertanya kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan meminta beliau memberi ahan kepadanya. Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
berkata,“Serulah manusia ke Jalan Allah dan janganlah panggil mereka kepada diri kamu sendiri. Jika seorang‘Alim itu dengki kepada seorang ‘Alim yang lain yang
menjalankan tugas sepertinya juga iaitu mengajak manusia ke Jalan Allah, maka itu berarti dia bukan mengajak manusiake Jalan Allah tetapi adalah kepada dirinya sendiri. Jikatidak, apakah sebabnya dia dengki?”

Pada suatu ketika, Syeikh Abu Sina Rahmatullah‘alaih datang melawat Syeikh Abul Hassan ‘AliAl-Kharqani . Bila sampai ke rumahSyeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
, beliau memanggil tuan rumah itu.Datanglah isteri Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani . Isteri Syeikh AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani mengatakan Syeikh Abu Sina itu sebagai seorangkafir dan meminta beliau jangan memanggil Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani karena dia telah pergi mencari kayu api ke dalam hutan.
Syeikh Abu Sina pergi mencari Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani dan dilihatnya seekor singa membawa kayu api Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani itu. Syeikh Abu Sina menundukkan kepadalanya tanda hormat kepada Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani .
Dalam perbincangan mereka Syeikh Abu Sina bertanya kenapa isteri Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani mengatakanya kafir? Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-
Kharqani menjawab bahawa jikalau beliau tidak sabar terhadap isterinya itu, tentulah beliau tidak dapat menguasai singa itu. Pada malam itu mereka pun bicara tentang hal-hal Keruhanian dan Kesufian.
Keesokan harinya tatkala Syeikh AbulHassan ‘Ali Al-Kharqani memperbaiki
dinding rumahnya, sekeping besi yang dipegangnya itu terjatuh. Sebelum beliau tunduk mengambil keeping besi yang terjatuh itu, besi itu melayang sendirinya pergi ketangan Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani
.
Dengan itu kepercayaan Syeikh Abu Sina tentang ketinggian Ruhaniah Syeikh
Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani bertambah teguh dan semua prasangkanya tentang ketinggian Ruhaniah Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani itu pun hilang dan lenyap.

AJARAN KEUNGGULANNYA DANKEUNGGULAN AJARANNYA

SYEIKH Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah berkata,
“Terdapat dua jalan, satu adalah salah dan satu adalah betul. Jalan yang salah ialah jalan manusia kepada Tuhan dan jalan yang betul ialah jalan Tuhan kepada manusia. Barangsiapa yang berkata bahwa dia telah mencapai Tuhan sebenarnya masih belum mencapainya, akan tetapi apabila seseorang berkata bahawa dia telah dijadikan untuk mencapai Allah, ketahuilah bahawa dia benar-benar telah mencapaiNya.”
Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani telah memberitahu kepada seorang
dari Murid kesayangannya, “Pada pandangan Dunia, Abu Yazid telah mati, tetapi
pada pandanganku dia masih hidup dan mengetahui semua gerak-geriku.”

Antara kata-kata hikmah Syeikh Abul Hassan ‘Ali Al-Kharqani yang berisi
pengajarannya seperti berikut:
1. “Carilah Rahmat Tuhan karena ianya melampaui azab Neraka dan nikmat Syurga.”
2. “Masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang itu adalah hijab. Bila hijab ini disingkap, engkau bisa lihat semua.”
3. “Menganggap diri sendiri itu seorang Sufi adalah satu anggapan yang besar. Sekurang-kurangnya dia bukanlah sufi.”
4. “Orang yang menunjukkan keramatnya adalah dilemparkan jauh dari Syeikh Allah.”
5. “Apabila seseorang itu betul-betul dengan ikhlas menuju Allah dan mati dalam diri mereka, maka Allah akan ditemui.”
6. “Seorang Muslim itu tidaklah terpuji karana dia berpuasa dan beribadah tetapi dia terpuji karena dalam catatan amalannya dia tidak ada berdosa semasa hidupnya. Apabila peringkat itu tercapai, dia akan takut kepada Allah dan berada dalam sopan santun dan merendahkan diri.”
7. “Barangsiapa dengan kehendak Allah dapat melihat Tuhan, dia tidak nampak yang lain. Orang yang sampai kepada Allah akan lenyaplah dirinya.”
8. “Pahlawan Tariqat itu mati walaupun dia hidup di Duniaini.”
9. “Wahai Salik, janganlah menganggap kamu telahmendapat Nur, sehingga belum kamu mengalami tujuhpuluh tahun apa yang dialami semasa aku beribadah di Khurasan sambil rukuk menghadap Mekkah dan semua harta bumi dan langit diletakkan dihadapan kamu, tetapi meskipun begitu kamu tetap tidak terpengaruh olenya dan terus merendahkan diri kepada Allah karena takut Allah tidak akan menerima ibadatmu.”
10. “Banyak orang bertawaf keliling Ka’abah, tetapi ada jugayang bertawaf keliling langit dan Syurga, namun begitu yang lebih agung dan terpuji ialah mereka yang bertawaf keliling Tauhid.”
11. “Benda-benda mula dicari dalam Dunia dan kemudian didapati, tetapi Allah dijumpai dahulu dan kemudian dicari.”
12. “Ada hamba-hamba Allah itu yang menjadi kekasihNya. Apabila mereka memanggil Nama Allah, semua burungburung
dan binatang-binatang tegak berdiam diri,Malaikat terketar, langit dan bumi akan bercahaya.Demikianlah agungnya menyebut Nama Allah itu oleh mereka hinggakan bumi bergoyang.”
13. “Tidak ada orang yang dapat menempuh jalan menuju Allah itu tanpa pertolonganNya. Dengan kesungguhan dan daya sendiri saja tidak akan berhasil.”
14. “Hiduplah dalam Dunia ini tanpa dosa.”
15. “Sentiasalah berada di samping Allah dan bukan disamping alam, karena seseorang itu sentiasa berdampingan dengan sahabatnya, dan tidak ada sahabat
yang lebih agung dari Allah.”
16. “Setengah daripada sahabat-sahabat Allah itu dapatmembaca apa yang tertulis dalam Taqdir meskipun mereka berada dalam Dunia ini.”
17. “Allah kurniakan rindu dendamNya kepada mereka yang dilimpahiNya Nur.”
18. “Wali Allah itu bukanlah makhluk atau pun insan Dunia ini.”
19. “Orang yang mencapai Allah dalam hidup yang sekarang ini dan tidak menangguhkan perjumpaan dengan Allah itu hingga setelah mati, maka dia itulah sebenarnyakekasih Allah.”
20. “Apabila Allah membawa seseorang itu ke JalanNya,maka dia akan sampai ke lembah Tauhid, tidak ada yang tahu keadaannya kecuali Allah.”
21. “Hati yang rindu kepada Allah itulah hati yang paling baik.”
22. “Apabila sakit, Allah itulah menjadi Tabib.”
23. “Barangsiapa hendakkan Syurga akan terhindar dari RahmatNya. Orang yang sentiasa berkhalwat dan menyingkirkan diri dari segala makhluk dan terus
mematikan dirinya, maka terbukalah hijab yang melindungi pandangannya dengan Tuhan.”
24. “Barangsiapa mencari keduniaan akan diperhambakan oleh Dunia. Tetapi barangsiapa menyingkirkan keduniaan, maka Dunia ini akan menjadi hambanya.”
25. “Jika dalam sesuatu masyarakat itu ada orang yang dikurniakan Allah dengan Nur dan kehampiran denganNya, maka Allah dengan RahmatNya akan mengampunkan dosa yang dilakukan oleh masyarakat itu.”
26. “Orang Darwish tidak menumpukan pandangannya kepada Dunia ini atau Akhirat.”
27. “Hanya orang yang bercita-cita tinggi itu mencapaiTuhan.”
28. “Nama Allah itu hendaklah disebut berulang-ulang setelah mematikan diri.”
29. “Hapuskan dosa dan sembahlah Allah, maka Allah akan ditemui.”
30. “Tiap-tiap orang hendak membawa sesuatu dari Dunia ini ke Akhirat, tetapi tidak ada apa-apa dalam Dunia ini yang bisa mencari jalan ke sana kecuali Fana tidak ada diri.”
31. “Takutlah Allah dan serulah Dia, dan kamu akan ditempatkan dalam keadaan Fana.”
32. “Di antara beribu-ribu orang yang menjalani jalan yang diterangkan oleh Al-Quran itu, ada seorang yang jalannya diikuti oleh Al-Quran itu sendiri, iaitu tiap-tiap
lakuannya bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Al-Quran.”
33. “Orang Sufi tidak perlu cahaya matahari dan bulan karena Cahaya Allah yang ada padanya itu lebih terang dari segala cahaya.”
34. “Jalan itu akan dipendekkan oleh Allah bagi mereka yang dibimbingNya.”
35. “Makan dan minum Auliya Allah itu ialah mengenang Allah dan membicarakan tentang Allah.”
36. “Tuhan Allah itu menjadi benar-benar cahaya mata hamba-hambaNya.”
37. “Sebahagian kecil daripada Cinta Allah itu turun ke Dunia dan mencari tiap-tiap hati dalam Dunia, dan didapati tidak ada yang upaya memegangnya. Maka kembalilah ia kepada Allah.”
38. “Setelah tiap-tiap seratus tahun, satu jiwa yang sempurna akan lahir ke Dunia.”
39. “Orang yang bertemu dengan Allah itu akan mati dirinya.”
40. “Siapa yang hatinya kasih sayang kepada selain dari Allah,meskipun dia melakukan Ibadat dan bermujahadah sepanjang hidup, namun semua itu tidak akan diterimaAllah dan hatinya itu tetap tinggal mati.”
41. “Hijab yang paling besar antara insan dengan Tuhanialah Hawa Nafsu.”
42. “Kegiatan yang paling besar ialah mengenang Allah. Setelah itu ialah kesucian hidup, bersedekah danbersikap Zuhud.”
43. “Pada segi Keruhanian, duduk bersama di majlis AuliyaAllah itu adalah satu amalan yang terpuji.”
44. “Bersama di majlis Auliya Allah itu adalah satu kurniaanAllah yang besar.”
45. “Kamu melakukan Ibadat yang paling besar jika kamu dapat melarikan diri dari keduniaan.”
46. “Ka’abah yang paling besar itu ialah memandang wajah Allah.”
47. “Apabila sepuluh kali Si Salik itu merasai racun dengan
gembira dan rela, maka pada kali ke sebelas rasa gula akan diberi kepadanya. Di awal perjalanan Si Salik itu akan diuji dan ditapis.Setelah itu akan dikurniakan
kehampiran dengan Allah.”
48. “Kamu akan berjaya mencapai Allah setelah kamu diberiNya kekuatan untuk mencapaiNya dan itu pun dengan kehendakNya .”
49. “Orang yang mengorbankan kemuliaannya karena Allah,maka Allah akan memberinya pakaian KemuliaanNyasendiri.”
50. “Allah akan ditemui apabila Aku dimatikan.”
51. “Orang yang mengatakan dia mendapat Nur dan kemudian menyibarkan kepada orang ramai banyak adalahsebenarnya dia tidak ada Nur itu karena perbuatan
demikian itu adalah hijab juga.”
52. “Teruskan melakukan latihan Ruhaniah itu sehingga latihan Ruhaniah itu sendiri meninggalkan kamu.”
53. “Mematuhi kehendak Ruhaniah itu adalah lebih baik dari melakukan banyak latihan.”
54. Sekiranya setitik saja Rahmat Allah itu jatuh kepada kamu, nescaya kamu tidak akan mau apa-apa lagi dalam Dunia ini, bahkan tidak mau bercakap atau mendengar orang lain.”
55. “Ingat kepada Allah itu lebih tajam daripada tikaman seribu pedang sekali gus.”
56. “Apabila kamu melihat wajah Allah, kamu tidak akan melihat yang lain lagi sepanjang masa.”
57. “Seseorang itu hendaklah berlatih sepenuhnya selama empat puluh tahun dan kemudian bolehlah mengharapkan hasil yang memuaskan. Sepuluh tahun
melakukan latihan Keruhanian itu ialah untuk membetulkan kesalahan lidah, sepuluh tahun lagi untuk mengurangkan gemuk badan, sepuluh tahun untuk membetulkan kesalahan hati dan sepuluh tahun lagi untuk membetulkan segala kejahatan yang lain itu.”
58. “Sedikit ketawa dan banyak tangis, makan dan tidur
59. “Malanglah orang yang hidup dalam Dunia ini tanpa bercakap dengan Allah.”
60. “Jalan Ma’rifatullah itu ialah untuk orang-orang yang suci dan mabuk dalam Allah, karena bercakap dalam dzauq dengan Tuhan itu sangatlah berbahagia.”
61. “Ingat dan kenanglah Allah sentiasa.”
62. “Apabila seseorang itu menyebut Nama Allah, lidahnya terbakar dan tidak dapat menyebut nama itu lagi. Jika terlihat ia menyebutnya, maka sebenarnya memuji Dia.”
63. “Kemarahan api perpisahan dengan Tuhan itu sangatlah panas hingga jika ia terlepas dari hati orang yangmengandungnya, seluruh Dunia ini akan hangus. Tidak
lain kehendak hati orang-orang yang demikian itu ialah hendak mengenang Allah tetapi mereka dapati mereka tidak dapat berbuat demikian.”
64. “Jika hatimu terpaku pada Tuhan, seluruh Dunia tidak akan dapat memudharatkan kamu jika mereka semuanya menjadi musuhmu.”
65. “Melihat Allah beserta dengan dirimu ialah Fana dan melihat Allah saja tanpa dirimu ialah Baqa.”
66. “Bergaullah dengan orang yang hatinya terbakar dalam cinta kepada Allah dan tenggelam dengan rindu dendam kepadaNya.”
67. “Jangan buat kegiatan lain kecuali mengingat nama Allah dan jangan ingat apa-apa kecuali Dia.”
68. “Bersama dengan Allah seketika adalah lebih bernilai daripada beribadat sepanjang hayat karena keduniaan.”
69. “Tiap-tiap makhluk itu adalah hijab dan jarring kepada Salik yang ikhlas. Tidak diketahui bagaimana dan kapanseseorang itu bisa terjerat pada mereka itu.”
70. “Walaupun sekali dalam seumur hidup kamu membuatkan Allah murka, maka wajarlah kamu memohon ampun sepanjang hidup kepadaNya, karena
meskipun Dia ampunkan kamu, namun dalam hati masih terasa yang kamu telah menimbulkan kemurkaan Tuhandan tidak mematuhi Dia.”
71. “Orang yang paling baik dalam menghampirkan diri dan mengabdi kepada Ilahi ialah orang yang buta tidak melihat yang lain kecuali Allah, tuli tidak mendengar
yang lain kecuali Allah dan bisu tidak bercakap kecuali tentang Allah.”
72. “Allah telah mengurniakan sesuatu masalah kepada kita dan setelah mendampingkan kita dengan masalah itu, Dia pun menghilangkannya dari kita. Maka sewajarnyalah kita membuang semua masalah keduniaan dan berdampingan dengan Dia, agar Dia tidak jauhkandiriNya dengan kita.”
73. “Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka mati. Banyak juga yang telah berkubur tetapi mereka masih hidup.”
74. “Orang yang cinta kepada Allah itu ialah orang yang hatinya hancur lebur menjadi abu karena Allah.”
75. “Tinggalkan semua Ibadat dan dosa, dan tenggelamkan dirimu dalam lautan RahmatNya.”
76. “Manusia melihat Allah di Akhirat dengan mataKetuhanan.”
77. “Makin kuat kamu berkhidmat dengan gurumu, makin tinggi naik taraf ruhaniahnya.”
78. “Badan, lidah dan hati tidak ada paaku, hanya Allah saja dalam diriku.”
79. “Banyak orang yang beribadah dan beribadat dalam Dunia ini, tetapi sedikit benar yang membawa hasilnya bersama mereka ke Akhirat.”
80. “Ahli Dunia mendapat apa yang tercatit dalam nasib mereka, tetapi Auliya Allah mendapat apa yang tidak
tercatit dalam nasibnya.”
81. “Di jalan Tuhan, tidak ada yang lain kecuali Tuhan.”
82. “Menangislah dalam Dunia agar kamu ketawa di Akhirat kelak.”
83. “Apabila hamba itu Fana, dia akan diberi pakaian Baqa.”
84. “Dalam peringkat Ruhaniah yang paling tinggi, dahaga terhadap Allah itu sangat kuat dalam diri si hamba hinggakan jika air dari semua sungai diberi kepadanya
tidaklah dapat menghilangkan dahaganya itu bahkan bertambah dahaga lagi. Si hamba seperti ini memutuskan segala perhubungan dengan alam dan tidak pernah
megah dengan keramat yang mengalir keluar tanpa disedarinya daripada dirinya.”
85. “Gelar paling bagus untuk si hamba Allah ialah ‘Abdullah.”
86. “Untuk si Mukmin, tiap-tiap tempat itu adalah Masjid dan tiap-tiap hari itu adalah hari Jumaat.”
87. “Jangan biarkan pengemis pulang dengan tangan kosong dari rumahmu, berilah dia sesuatu walaupun kamu berhutang untuk itu.”
88. “Layanlah tetamu kamu dengan sebaik-baiknya.”
89. “Ada tiga hal keadaan yang terakhir dalam Keruhanian. Pertama kamu anggap diri kamu sebagaimana Tuhan menganggap kamu. Kedua, kamu menjadi kepunyaan Dia dan Dia menjadi kepunyaan kamu. Ketiga, kamu lenyap dan hapus dan Dia saja yang mengisikan kamu.”
90. “Sebelum kamu mati, kamu mestilah berusaha untuk mencapai tiga masalah. Pertama, dalam cintamu kepada Allah kamu menangis sebanyak-banyaknya hingga
airmata darah mengalir dari matamu. Kedua, karena takutkan Allah hinggakan air kencing kamu menjadi berupa darah. Ketiga, berjaga malam hingga kurus kering
badan kamu.”
91. Berdampinglah dengan Allah saja dan janganlah berkeinginan hendak bertemu dengan makhluk, walaupun makhluk itu Khidhr. Adakah kamu jemu berdamping dengan Allah maka kamu hendak berdamping pula dengan makhluk? Sepatutnya engkau hanya rindukan hendak berdampingan dengan Allah saja tiada yang lain.”
92. “Makhluk itu ditakluki oleh waktu atau masa dan Aku ini Tuhan bagi masa itu.”
93. “Apabila aku telah Fana, aku lihat diriku dibalut oleh Wujud Ketuhanan tetapi apabila aku pandang diriku,Fana itu pun terjatuh dari aku.”
94. “Apabila aku melampaui diri sendiri (ego), air tidak boleh melemaskan aku dan api tidak boleh membakar aku. Kemudian selama tiga bulan empat hari aku tidak
makan dan dapat menghadapi semua ujian.”
95. “Kebaikan itu adalah Sifat Allah saja, kita tidak boleh mengatakan kita baik.”
96. “Wahai Salik, jika kamu ingin menjadi pakar keramat,maka mulalah berpuasa tiap-tiap tiga hari sekali. Setelah itu empat belas hari terus-menerus. Setelah itu berpuasa selama empat puluh hari terus-menerus. Setelah itu berpuasa selama empat bulan. Akhirnya berpuasalah selama satu tahun penuh. Maka kamu akan capai satu peringkat di mana kamu akan lihat masalah Ghaib yang memegang sesuatu dengan mulutnya yang rupanya seperti ular. Jika kamu makan benda itu, kamu tidak akan berasa lapar selama-lamanya. Bila aku mula berpuasa, datanglah benda yang berupa ular itu. Aku enggan menerimanya karena itu akan menghalang aku dari mendapat Rahmat Tuhan. Aku berdoa kepada Allah supaya mengurniakan aku apa yang Dia kehendaki terus langsung dan bukan melalui perantara. Tuhan berfirman,
“Setelah ini kamu akan berasa kenyang dan tidak dahagatanpa makan dan minu m apa pun.” Maka aku pun tidak lagi berasa lapar dan dahaga. Aku pun diberi makan
secara Ghaib ini tetapi rasanya manis seperti madu danwangi seperti kasturi. Dunia tidak tahu dari mana aku dapat makan.”
97. “Selagi aku memandang kepada pertolongan yang lain dari Allah, maka selagi itulah aku tidak berjaya dalam Ibadatku. Tetapi bila aku putuskan perhubungan dengan makhluk dan berharap kepada Allah saja, maka aku dapati segala rintangan dalam perjalanan Keruhanianku itu hilang lenyap dengan kurnia Allah dan tanpa dayausaha dari diriku dan hasilnya sangatlah besar dan memuaskan.”
98. “Ketahuilah luas kasih sayang Tuhan itu. Jika dosa seluruh Dunia ini ibandingkan dengannya adalah tidak lebih dari sebutir pasir saja.”
99. “Aku minta jangan ada hendaknya Neraka dan Syurgaagar manusia cinta kepada Allah karena Allah saja.”
100. “Jalan-jalan menuju Allah itu tidak terkira dan tidak terhad. Bolehlah dikatakan banyaknya itu seperti banyaknya makhluk ini. Tiap-tiap orang berjalan di jalan
itu menurut daya upayanya. Aku telah menjalani hampir jalan-jalan itu dan aku dapati ada orang yang berjalan di jalan-jalan tersebut. Tidak ada jalan yang kosong dan tidak ditempuhi orang. Kemudian aku berdoa kepada Allah, “Tunjukilah kepaaku jalan yang tidak ada orang menempuhinya dan tidak ada di jalan itu kecuali Engkau dan aku saja.” Allah tunjukkan kepaaku jalan rindu dendamnya jiwa. Ini barerti barangsiapa hendak berjalan di jalan Cinta Allah ini hendaklah jangan takut susah payah yang akan menimpanya dalam perjalanan itu. Hendaklah patuh sepenuhnya menurut perintahNya dan ingat kurniaNya dan sentiasa bersyukur kepadaNya.”
101. Orang yang dipandang penakut oleh Dunia ini adalah berani pada pandangan Tuhan dan orang yang penakut pada pandangan Tuhan itu ialah orang yang
dipuji dan dipuja oleh Dunia sebagai pahlawan.”
102. “Apa yang aku ceritakan kepada kamu adalah perutusan dari Allah, ianya sangat suci dan Dunia tidak boleh mengatakan itu haknya.”
103. “Apa saja keutamaan Ruhaniah yang aku capai adalah hasil dari memencilkan diri dan menututp mulutku.”
104. “Suara Ketuhanan berkata, “Abul Hassan, patuhlah kepaaku karena Aku hidup tanpa mati. Jika kamu patuh kepaaku, maka Aku akan kurniakan kepadamu
hidup yang kekal. Janganlah hampir kepada masalah yang aku larang.”
105. “Dengan kurnia Allah, diberinya aku peringkat Ruhaniah yang lebih tinggi dari yang dikurniakanNya kepada Abu Yazid.
106. “Aku ini bukan menetap dan bukan pula dalam perjalanan. Peringkat ini lebih rendah dari peringkat yang aku nikmati sekarang iaitu aku telah menetap dalam
Tauhid dan berjalan dalam Allah. Oleh karena Allah telah menghapuskan diri egoku, maka Neraka dan Syurga tidak menjadi persoalan kepaaku. Keadaan aku
sekarang ialah jika semua penghuni Neraka dan Syurga masuk ke dalamnya nescaya mereka semua akan Fana hancur lebur.”
107. “Ya Allah, KurniaMu paaku tidak kekal dan kurniaku padaMu adalah kekal. Karena KurniaMu padaku ialah diri Aku dan kurniaku kepadaMu ialah Engkau. Aku mati tetapi Engkau hidup abadi.”
108. “Ya Allah, aku ingin mencapai peringkat di mana aku tidak ada lagi dan Engkau saja yang ada dalamku.”
109. “Dunia lari dari mereka yang menuntutnya. Engkau Maha Kasih dan suka menghampirkan diriMu kepada mereka yang menuju jalan kepadaMu.”
110. “Oh Tuhan, aku juga yang selalu menyakitkan Kamu, tetapi Kamu sentiasa memberi kurnia yang tidak putusputus kepalaku.”
111. “Ada orang mencari kebahagiaan dengan sikap Zuhud, ada yang dengan berjalan menuju Ka’abah dan ada pula yang mencari kebahagiaan dalam Ibadat.
Jadikanlah aku tidak termasuk dalam golongan mereka itu, tetapi jadikanlah bahagiaku itu dalam Engkau dan Engkau saja.”
112. “Oh Tuhan, bawalah aku kepada AuliyaMu yang tahu menyebut NamaMu sebagaimana ia patut disebut, agar aku dapat berkat dengan mengkhidmati mereka
itu.”
113. “Ya Allah, aku ini hanya hambaMu yang hina. Ibadatku dan Zikirku tidak bernilai padaMu. Terimalah aku yang lemah ini yang tidak ada pergantungan selain
Kamu dan Kamu saja pelindungku.”


Sumber : AR-RISALAH AL-‘ALIYAH
Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi
‘Ufiya Allahu ‘Anhu Wali Walidaihi



No comments: