i.Sembahyang Tahajjud DiTengahmalam
ii.Memelihara Sholat Lima Waktu
iii.Roh Ibadat
Sembahyang Tahajjud DiTengahmalam Adakan waktu untuk kita bangun bertahajjud ditengahmalam, sebab malam itu adalah waktu seorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu hendaklah kita memperbanyak tadharru’dan istighfar ditengahmalam. Jangan lupa bermunajat kepada Tuhan kita dengan bahasa yang
merendah diri dan berserah diri dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan dan ketidakupayaandiri. Awas, jangan sekali-kali diabaikan bangun ditengahmalam. Jangan sampaiwaktu berjaga malam itu tiba melainkan kamu segera bangun serta berzikir kepada Allah swt.
Keterangan:
“Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala yang telah menjadikan malam supaya manusia dapat istirahatkan badan setelah mencari rezki pada siang hari didunia supaya dapat menyehatkan badan untuk meneruskan pencarian rezkiNya yang telah ditaburkan oleh Para Malaikat pada malam hari berikutnya dan keesokan hari.
Subhanallah, Maha Suci Allah, yang telah menjadikan malam itu juga sebagai majlis khas untuk para hambaNya yang menginginkan bantuan, perlingungan, pertolongan, keselamatan,kesejahteraan, keampunan dan keridhaanNya dari segala gangguan dunia dan keselamatan akhirat sesudah menjalan kewajipan-kewajipan sebagai manusia. Dimana Dia dengan sifat kasih sayangNya telah membentangkan permaidani sambil menunggu hambaNya datang untuk mendengar permohonan dengan menghadapkan wajahnya kepada wajahNya yang suci.
Setiap malam tanpa henti dan tanpa jemu, diturunkan rahmat dariNya dan Dia memberi, membahagikan dan menurunkan pada sesiapa yang menginginkan bantuan, perlingungan, pertolongan, keselamatan, kesejahteraan, keampunan dan keridhaanNya hanya duduk dipermaidani yang sudah dibentangkan olehNya dengan menundukkan muka, merendahkan suara kepada Kebesaran dan KeagunganNya dengan di iringi kesedaran sifat Kasih SayangNya, sambil meluahkan segala ketidakmampuan dan kelemahan diri untuk menjalankan kewajipan-kewajipan ketaatan dan menjauhkan diri dari segala perkara maksiat danlaranganNya dengan tidak menceburkan diri dalam perbuatan bida’ah dan juga berserah diri kepadaNya. Dimanakah boleh dapat pemberian yang sebesar begini? Pada hal, Dia yang menunggu, kita yang lalai.
Dia hendak membahagi, kita tidak mahu menerima. Kita yang buta mata hati dan berdetik soalan dari hati, Kenapa? Nak buat apa? Aku penat! Akumengantuk. Besok nak kerja. Besok ada rancangan dengan famili. Besok ada meeting besar,Besok meeting penentuan, mungkin aku boleh jadi kaya, Besok nak jumpa kawan. Sekarang aku bersama kawan-kawan. Sekarang aku bersama kaum kerabat dan banyak-banyak lagisoalan yang akan dikeluarkan oleh hawa nafsu. Mungkin itu yang akan tercetus dari lubuk hati kamu. Semua perkara yang jahat adab ini dapat dengan mudah lakukan. Macam adaloceng (alarm) memberitahu akan urusan-urusan yang wajib ditepati. Daifnya kita. Lemahnya diri dan tebal punya bodoh. Mudah-mudahan tidak.
Sebenarnya kita dihadang olehNya (tak dapat melihat hakikatnya)! Dengan tidak ada
kefahaman itu maka kita diberatkan lagi oleh hawa nafsu dan syaitan. Maka dengan itu wahai setiap murid, adakan masa (mengetepikan masa) untuk bangun bertahajjud ditengahmalam untuk duduk dipermaidani yang telah dibentangkan dan beribadahlah, mengakulah dirimu menghendaki bantuan, perlindungan dan pertolongan dan merayulah kepadaNya sekuat tenaga dan berserah diri kepadaNya, bukan dengan cara berpekik-pekik, jangan salah faham. Asyik salah faham yang diikuti, tak paham, tak nak Tanya. Bodoh lagi, bila nak keluar dari tong kebodohan! Asyik malu nak tanya konon, sebenarnya rasa sudah pandai. Masyallah.Nauzubillah. Jangan abaikan dirimu terlena oleh peluhkan hawa (bukan pelukan dunia) yang mengaysikkan.
Jangan waktu malam datang kamu masih dipembaringan atau dilalaikan oleh
makhluknya. Bangunlah dan berzikirlah kepadaNya”.
Memelihara Sembahyang Lima Waktu
Hendaklah para murid mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu dengan
menyempurnakan berdirinya, bacaanya, khusyu’nya, ruku’nya, sujudnya dan seterusnya
terhadap rukun-rukun dan sunnat-sunnatnya. Sebelum memulakan sembahyang hendaklah
kamu ingat didalam hati bahwa kamu akan berhadapan dengan Tuhan yang Maha Mulia dan
Maha Agung. Ingat, jangan sekali-kali kamu bermunajat kepada Raja dari sekelian raja dan
Pembesar dari sekalian pembesar dengan hati yang lalai, terlena didalam awang-awangan
kealpaan dan waswas, menerawang didalam lapangan angan-angan dan pemikiran keduniaan,
kelak kamu akan dimurkai Allah Taala dan dihalau dari pintu menuju kepadaNya. Rasulullah
saw bersadba;
“Apabila seorang hamba berdiri untuk menunaikan sembahyang, maka Allah Taala akan
memerhatikan gerak-gerinya. Apabila sihamba menoleh kebelakang. Allah Taala akan berkata kepadanya: Hai anak Adam! Engkau telah menoleh kepada siapa yang lebih baik lagi bagimu daripadaKu! Jika ia menoleh lagi, Allah Taala akan berkata sekali lagi seperti yang tersebut tadi.Jika ia menoleh kali ketiga, maka Allah Taala akan memalingkan perhatianNya dari orang itu”
Kalau orang yang menoleh dengan wajahnya yang zahir saja, Allah Taala telah memalingkan perhatian daripadanya, apatah lagi jika ia memalingkan hatinya didalam sembahyang kepada urusan-urusan keduniaan dan keindahannya, tentulah lebih-lebih lagi. Allah Taala tidak melihat kepada tubuh badan manusia dan perkara-perkara yang zahir akan tetapi Diamemandang hati manusia dan batinnya.
Keterangan:“Dalam Bab ini, Habib Abdullah AlHaddad menyuruh setiap salik dan setiap murid wajib
mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu yang difardhukan oleh Allah
Taala kerana ini adalah tanda tanda bagi mereka yang beriman seperti berikut;
1. Kewajipan sembahyang diwajibkan keatas setiap manusia yang sudah baligh atau sudah
mengalami mimpi, cukup umurnya dan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang
buruk. Kewajipan ini akan gugur bila seseorang yang mengalami keuzuran, gila dan nyayuk.
Bila tidak ada keuzuran yang disebutkan tadi maka kewajipan sembahyang tidak boleh
ditinggalkan. Kalau ditinggalkan maka hukumnya berdosa.
2. Pengucapan dua kalimat syahadat hendaklah dilafazkan kerana pengucapan (ikrar) kepada
Allah Taala iaitu pengakuan jauh didalam hatinya bahwa Allah adalah Tuhannya dan
pengakuan bahwa Muhammad adalah RasulNya. Bererti bila seseorang yang sudah baligh
dan membuat pengucapan syahadat maka kewajipan sholat dilaksanakan pada dirinya.
Sekiranya dia tidak membuat pengucapan pada dua kalimat syahadat itu walaupun dia sudah
mencapai usia baligh maka haram untuk dirinya mendirikan sholat kerana tidak ada
pengakuan dari dirinya.
3. Sholat adalah tanda seseorang yang mengamalkan perintah Tuhannya sekaligus
menunjukkan perbezaan antara orang yang hanya mengaku beriman dan yang tidak beriman.
Yang bertopeng dan yang tidak bertopeng. Yang mengaku beragama Islam pada hal tidak.
Yang hanya memakai nama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak patuh
pada perintah dan menjauhi larangNya. Maka berdosalah dia kepada Tuhannya.
4. Sholat adalah batas pemisah antara seseorang yang beriman pada Allah dan RasulNya dan
seseorang yang tidak mendirikan sholat mereka termasuk dalam kumpulan musyrik dan fasiq.
Perbezaan yang sangat ketara dan jauhkan dirimu dari mereka yang dicapkan oleh Allah
Taala dan RasulNya sebagai orang yang musyrik dan fasiq kalau nak selamat didunia dan
diakhirat.
5. Sempurnakan segala Rukun Sholat dan Sunnat-sunnatnya. Kalau tak tahu dan tak faham,
pergi belajar. Kerana untuk menyempurnakan qiyam (berdiri), rukuk dan sujud dan segala
sunnat-sunnat boleh dipelajari melalui bab rukun-rukun sholat dan sunnat-sunnat sholat.
6. Harus mengambil berat tentang bacaan surah-surahnya dengan tartil dan mengetahui
maknanya. Kerana dapat membantu dirinya untuk mendapatkan khusyu’.
7. Sebelum menginjakkan kaki kesejadah hendaklah kamu tanamkan dalam hati bahwa dirimu
akan berhadapan dengan Allah Taala Yang Maha Mulia, Maha Agung (Besar) dan Maha
Pengasih dan Penyayang.
8. Jangan berdoa pada Allah dengan hati yang lalai, hati yang tidak tertumpu pada
kebesaranNya. Tekankan selalu didalam sembahyang bahwa Dia Maha Melihat dan Maha
Mendengar bilamana kamu berada didalam hati yang lalai. Amalkan selalu cara ini.
9. Jauhkan dirimu bila berhadapan denganNya dari was-was. Kerana was-was itu adalah
tiupan dari syaitan yang tidak mahu kamu menumpukan perhatian kamu padaNya.
10. Jangan ikutkan pikiran kamu yang melayang pada angan-angan dan memikirkan dunia
(dalam sholat, ingat apa nak buat lepas sholat) ini juga adalah hembusan dari syaitan.
11. Ingat, bilamana kamu menunaikan sholat, Allah Taala akan memerhatikan segala gerakgerikamu. Jangan bermain dengan tubuh badanmu! Kalau kamu menoleh kebelakang
(bermaksud; hilang berhatian kamu sampai ketiga kali, maka Allah akan memalingkan
perhatianNya dari kamu).
Ingat!Jauhkan dirimu dari segala yang disebutkan diatas supaya kamu tidak mendapat kemurkaan (kemarahan) Allah Taala dan dihalaunya diri kamu dari pintu (bermaksud ingat) menujukepadaNya.
Roh Ibadat
Ketahuilah, bahwa roh semua ibadat dan maksudnya, ialah menghadirkan diri dihadirat Allah
swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia dan tiada berguna. Perumpaan orang yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya, samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang rosak, ataupun sebuat peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah sepatutnya orang ini mendapat siksa dan tidak diberi balasan terhadap hadiahnya?
Keterangan:
“Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid dan salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak dan tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian dan segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah dan sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.
Maka maksud Roh Ibadat dari Habib Abdullah Alwi Al-Haddad ialah menghadirkan diri
dihadirat Allah Taala. Maksud menghadirkan diri adalah berhadapan dan menumpukan
perhatian kepada Allah dimana bukan saja berhadapan dengan hati tetapi dengan jiwa dan raga dimana terbagi didalam 3 bahagian seperti berikut:
Ketaatan, Pengabdian dan Amal Kebajikan:
1. Ketaatan; Dilaksanakan dalam menuruti segala perintah dan menjauhi segala larangan
dari Allah Taala seperti; sholat, puasa, zakat dan haji. Ini yang katakan ketaatan dan
beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakannya dengan baik.
2. Pengabdian; Dilaksanakan dalam penghambaan terhadap Allah Taala. Iaitu melayani
segala suruhan dan menjauhi segala larangan Tuan (Tuhan)nya itulah kerja sihamba. Kalau
tidak dapat melayan kehendak Tuan, bukan hamba namanya.
3. Amal Kebajikan; Dilaksanakan dalam perkara-perkara sunnah yang dibawa dan
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat beliau dan para salaf seperti, sholat
sunnat, puasa sunnat, berzikir, berdoa, membaca AlQuran dan segala perkara yang
berhubungan diantara manusia dan manusia.
Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakan dengan baik dan dengan sempurna akan
ketiga-tiga perkara diatas dan amat rugilah bagi sesiapa yang tidak melaksanakan atau
melaksanakan dengan tidak baik dan dengan tidak sempurna.
Ketahuilah; ketiga-tiga perkara itu wajib disertakan dengan kehadiran diri (hati) jika
menginginkan keridhaan dari Allah Taala.
Langkah-langkah yang mudah untuk menghadirkan diri didalam ketaatan, pengabdian dan
amal kebajikan seperti berikut;
Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpanya maka
perlaksanaan ketaatan ditolak dan tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;
a) Faham akan segala rukun sholat, dimana letaknya sah dan batalnya. Dimana wajib
dan dimana sunnat dan pelaksanaannya.
b) Memohon keizinan dariNya supaya dapat melaksanakan perintah suruhannya dengan
baik sebelum sholat.
c) Berabdab dengan baik dan menyakinkan diri kamu akan berhadapan kepada
wajahNya. Seperti kamu berhadapan dengan seorang raja dunia atau orang mulia
samada bersangkut pada dunia ataupun akhirat. Maka berhadapan denganNya
haruslah lebih-lebih lagi.
d) Menanamkan keyakinan bahwa Dia melihat (memperhatikan perbuatan kamu yang
zahir batin) dan mendengar segala apa yang keluar dari lidah dan hati kamu.
e) Tanamkan keyakinan bahwa Allah Melihat dan Mendengar (sekiranya kamu lemah
didalam menghadapkan hati dan wajah kamu).
f) Mengangkat takbir dengan penuh khusyu’ disertakan dengan menzahirkan kaabah
(bagi sesiapa yang lemah keyakinannya bahwa Allah Melihat dan Mendengar) dengan
perasaan merendahkan diri kepada Kebesaran dan KeagunganNya.
g) Hendaklah memahami takbiratul ihram akan maknanya yang sebenar.
h) Memahami makna surah-surah yang dibaca dan wajib memahami makna surah
fatihah.
i) Membaca tahiyat awal dan akhir dengan penuh kesedaran dan memberi salam kepada
Nabi Muhammad saw dengan seikhlas-ikhlasnya dengan menghadapkan hati kamu ke
maqamnya.
j) Semasa rukun sujud hendaklah bermohon padanya dan membuat pengakuan
kepadaNya dengan ikhlas.
k) Memberi salam dengan merasai akan terpisahnya diri kamu dan kembali ke dunia.
Begitulah langkah-langkah yang sederhana yang harus diterapkan semasa mendirikan
ketaatan didalam sholat bagi setiap muslimin.
Jangan sekali-kali kamu tidak menghadirkan hati dan jiwa raga kepadaNya kerana perbuatan kamu itu akan mengundang akan KemarahanNya dan boleh mendapat bencana di dunia ini kemudian diakhirat kelak dikeranakan kamu tidak beradab bila berhadapan denganNya tetapiboleh beradab dengan makhluknya terutama manusia.
Sekiranya fikiran kamu melayang sebentar maka lekas-lekas menanamkan keyakinan bahwa
Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar”.